Sponsored

sponsor

loading...

9.TEKNIK MENCETAK KE ATAS T-SHIRT.

9.TEKNIK MENCETAK KE ATAS T-SHIRT.


9.1 Pengalas

Pengalas adalah sekeping kadbod atau papan lapis yang disapu dengan Table Glue atau Spraymount. Ia digunakan untuk memastikan kain tidak berganjak atau berkedut semasa proses mencetak. Ini penting kerana untuk memastikan cetakan yang berkualiti dan memastikan tidak kecacatan semasa proses cetakan.

Langkah 1
Letakkan Table Glue sepanjang papan lapis atau kadbod.

 
Langkah 2
Ratakan Table Glue dengan menggunakan Squeegee atau Pembaris.

 
langkah 3

keringkan dengan menggunakan hair drayer.

langkah 4

apabila kering, papan lapis atau kadbod akan kelihatan bersinar dan boleh digunakan untuk menyarung baju bagi proses mencetak.

9.2 Cara Meletakkan Pengalas di Dalam Baju

Langkah 1

Masukkan pengalas ke dalam baju dan pastikan kedudukan pengalas berada di bahagian tengah-tengah baju untuk memastikan cetakan pada baju tidak akan senget.

Langkah 2

setelah yakin kedudukan pengalas berada ditengah. Lurutkan baju dengan cara menggosok baju tersebut supaya tiada kedut. Pastikan baju melekat kemas pada pengalas yang telah disapukan gam tadi.

Langkah 3

Periksa sekiranya terdapat kedutan, ini kerana sekiranya terdapat kedutan, ini akan menjejaskan proses cetakan dan kualiti cetakan. Sekiranya terdapat kedutan, gosok sekali lagi agar tidak berkedut dan telah sedia untuk cetakan.


9.3 Cara Mencetak
Sebelum melakukan proses cetakan, anda seharusnya mengetahui dye yang ingin digunakan. Disini kami menggunakan Dye putih 200 sebagai warna latar bagi baju yang gelap atau baju hitam. Dye Putih 200 adalah Dye yang cepat kering, bagi mengelakkan masalah ini anda boleh mencampurkan Binder ke dalam Dye putih 200 untuk mencairkan sedikit Dye tersebut.

Langkah 1

Letakkan Block pada bahagian yang ingin anda cetak. Kebiasaannya cetakan pada dada adalah berjarak 3inci dari tulang kolar ke imej block.

Langkah 2

Letakkan Dye 200 untuk dijadikan warna latar pada baju yang gelap atau hitam. Letakkan Dye melebihi antara kawasan imej.

Langkah 3

Condongkan Squeegee pada kedudukan 45 darjah dan tarik dengan tidak terlalu perlahan dan tarik dengan sekata. Ulangi langkah ini sekali lagi untuk menebalkan dye.

Langkah 4

Pastikan Dye melalui semua imej untuk menghasilkan imej pada baju yang dicetak. Anda boleh menindih buat kali kedua jika warna latar tadi kelihatan pudar.

Langkah 5

Keringkan imej yang dicetak tadi dengan Hair Drayer. Sebelum itu cuci Block seperti langkah yang seterusnya.

9.4 Cara Mencuci Ketika Mencetak
Imej pada block akan tersumbat jika dicetak beberapa kali, jadi anda perlu mencuci seperti langkah di bawah selepas 10-15 cetakan yang menggunakan Block yang sama untuk mengelak dari tersumbat. Hanya menggunakan langkah yang pertama berulang kali jika mencetak berpuluh-puluh atau berates cetakan.

Langkah 1

Cuci dengan Span yang agak lembab pada bahagian bawah Block.

Langkah 2
Kemudian cuci di bahagian atas Block dengan span yang basah sehingga bersih. Selepas itu lapkan dengan kain yang bersih. Ulang langkah 1 dan 2 jika perlu.

 
Langkah 3
Keringkan Block dengan Hair Dryer. Biasanya, jika menggunakan warna yang berlainan di dalam satu block, anda perlu mencuci dahulu Block sebelum mencetak untuk warna lain.


9.5 Cara Mencetak Baju 2 Warna
Kita akan belajar bagaimana cara mencetak 2 warna menggunakan hanya satu block sahaja dan cara meletakkan block untuk mendapatkan cetakan yang tepat



Tampalkan bahagian yang tidak mahu dicetak dengaan selotep. Untuk hasil yang lebih senang dan cetak gunakan 2 block untuk satu warna pada satu block tetapi sekiranya ingin jimat boleh menggunakan 1 block untuk 2 warna.



Untuk mendapatkan hasil tindanan cetakan kedua yang tepat dengan imej latar yang dicetak tadi, letakkan imej tadi secara menyendeng(diagonal)*seperti gambar kanan anda. Pastikan anda melihat dari atas imej untuk mendapatkan tindanan cetakan kedua yang 100% tepat. Biasanya jika menggunakan warna yang berlainan di dalam satu Block, anda perlu mencuci dahulu block sebelum mencetak warna yang kedua.

Cara Mencetak Baju 2 warna (cara meletakkan Block)
Cara yang salah


Ini adalah cara yang salah apabila hendak meletakkan Block pada cetakan yang pertama untuk membuat cetakan kedua. Cara ini tidak akan mendapatkan tindanan yang sempurna, ia hanya sempurna pada sebahagian imej sahaja dan imej yang lain tidak mendapat tindanan yang sempurna.

(lihat gambar di bawah sebagai contoh)



Cara yang betul

Ini adalah cara yang betul apabila hendak meletakkan Block pada cetakan yang pertama untuk membuat cetakan kedua. Cara ini akan mendapatkan tindanan yang sempurna. Letakkan imej Block secara diagonal pada tindanan yang pertama.

(lihat gambar di bawah)


Cetakan kedua (2 warna) Pada Block


9.6 Cara Menanggalkan Photo Emulsion Pada Block


Semburkan Clorox pada bahagian depan dan belakang Block dan biarkan selama 8-10 minit.


Selepas 8-10 minit, anda perlu menggunakan kain atau span yang lembab dan gosokkan bahagian depan dan belakang block.


Semburkan air dengan kuat pada Block. Gosok sedikit pada tempat emulsion yang tidak terkeluar jika perlu.


Lap block dengan kain dan simpan di tempat yang tidak berhabuk. Block boleh diguna pakai berulang kali.


TAMAT...

 home














No comments:

Post a Comment

sponsor

loading...