Sponsored

sponsor

loading...

3.JENIS-JENIS JARING SUTERA/MESH

3.JENIS-JENIS JARING SUTERA/MESH

Terdapat pelbagai jenis jaring sutera yang berada dipasaran sekarang dan kebanyakannya diimport dari luar Negara, sebagai contohnya Japanese Silk, Swiss Taffena, Swiss Balting Cloth, Nylon, Vinyon Silk dan American Silk. Walau bagaimanapun terdapat banyak jenis jaring sutera atau Mesh dipasaran, beberapa factor perlu diberi keutamaan dalam menentukan jenis Mesh yang akan digunakan.

Mesh yang sesuai digunakan dalam bidang percetakan skrin ini mestilah lebih halus, lembut, padu dan mantap. Dan juga diregangkan pada regangan yang kuat tetapi tidak mengakibatkan ia terkoyak dan ini akan member hasil cetakan yang terbaik. Walau bagaimanapun mesh yang lain boleh digunakan juga untuk yang baru menceburi bidang ini dan masih menghasilkan kualiti cetakan yang baik.

Saiz mesh menentukan grid yang sesuai yang ditentukan oleh jenis-jenis tenunannya. Harga juga berbeza bagi setiap grid. Mesh yang halus lebih mahal dari lain dan kebiasaannya digunakan oleh pengusaha pencetak t-shirt yang mengutamakan kualiti bagi menjaga cetakan yang terbaik.

Jaring sutera/Mesh 800(kasar)
Mesh yang kasar dan sesuai digunakan untuk cetakan dye berminyak.

Jaring sutera/Mesh 1000(sederhana)
Msh yang sederhana kasar dan sesuai digunakan untuk Dye 500,campuran serbuk “Glow in the Dark” ataupun sebagai Dye 200 untuk penggunaan latar.

Jaring sutera?Mesh 1200(halus)
Mesh yang halus dan sesuai digunakan dalam percetakan baju. Sering digunakan oleh kebanyakan kilang cetak baju.

Mesh yang akan digunakan dalam pembelajaran ini adalah Mesh 1200(halus).

 home

No comments:

Post a Comment

sponsor

loading...