4.PENYEDIAAN PEMIDANG SKRIN/ BINGKAI BLOCK.
Pemidang skrin
atau bingkai block kebiasaannya diperbuat daripada kayu, besi atau aluminium.
Bagi yang pertama kali menceburi bidang ini disyorkan menggunakan bingkai kayu
kerana cara penyediaan lebih mudah dari bahan lain.
Selain itu,
bingkai block ada yang dijual dipasaran tetapi sekiranya anda ingin lebih mahir
seharusnya anda mengetahui cara pembuatan di samping boleh menjimatkan kos bagi
memulakan bidang ini.
Block ini
berbentuk segi empat dan pemasangannya yang baik adalah amat penting supaya
tidak bengkok atau mengeleding apabila mesh diregangkan pada bingkai. Kayu
haruslah yang berkualiti bagi memastikan block yang dihasilkan adalah rata dan
tidak senget atau tertanggal.
Saiz block
bergantung pada saiz imej yang ingin dicetak. Jika imej yang ingin dicetak
bersaiz kecil maka block yang perlu disediakan adalah bersiaz kecil. Jika imej
yang besar, maka block besar harus digunakan.
4.1 Saiz Pemidang skrin/bingkai block
4.1 Saiz Pemidang skrin/bingkai block
Saiz yang
digunakan adalah berbeza-beza bergantung pada imej yang ingin dicetak.
Seharusnya block yang ingin digunakan lebih besar dari saiz imej kerana ingin
menutup keseluruhan imej dan besar sedikit daripada panjang squeegee yang
hendak digunakan. Pastikan block yang ingin digunakan bersesuaian dengan imej
yang akan dihasilkan.
4.2 Squeege
Squeegee adalah
penyapu dye yang digunakan ketika meyapu dye di atas photo emulsion. Ia
diperbuat dari getah dan pemegangnya diperbuat dari kayu. Ada juga pemegangnya
diperbuat dari aluminium tetapi berbeza harga. Untuk permulaan kita boleh
gunakan squeegee kayu yang terdapat dipasaran. Squeegee mempunyai pelbagai saiz
dan saiznya dibezakan pada panjangnya. Squeegee yang biasa digunakan adalah 5”,
8” dan 12”, tetapi atas keselesaan anda ingin gunakan yang mana satu dan tengok
pada kesesuaian imej dan block. Contoh saiz sequeege adalah seperti di bawah:
4.3 Cara penyediaan Pemidang skrin/Bingkai block
Untuk membuat
block yang sederhana anda perlu menyediakan beberapa bahan seperti:
1.
1- 2 batang kayu saiz 2” x 1” , panjang 16”
2- 2 batang kayu saiz 2” x 1” , panjang 12”
3- Paku
4- Tukul
5- Gam kayu
1- 2 batang kayu saiz 2” x 1” , panjang 16”
2- 2 batang kayu saiz 2” x 1” , panjang 12”
3- Paku
4- Tukul
5- Gam kayu
Langkah 1
Setiap hujung
kayu hendaklah disapu gam dan dibiarkan kering terlebih dahulu. Proses ini amat
penting kerana semasa hendak emmaku, ketepatan sambungan kayu tidak lari dari
kedudukan yang dikehendaki, jika tidak block akan menjadi senget.
Langkah 2
Setelah gam yang
disapu telah kering maka kayu tersebut boleh disambung ke kesemua menjadi segi
empat. Terdapat banyak teknik untuk menyambung kayu tersebut dan disini
dilampirkan 2 cara penindihan kayu. Anda boleh menggunakan pelbagai teknik
penindihan asalkan kayu yang dipasang berada dalam keadaan kukuh.
Langkah 3
Setelah kayu
disambung, proses akhir adalah memaku setiap hujung kayu. Gunakan paku 2” dan
untuk kukuhkan lagi paku sekurang-kurangnya 2 batang paku atau lebih tetapi
harus diingat jangan sampai kayu tersebut terbelah semasa proses memaku dan
pastikan block tidak mengeleding. Letakkan pada permukaan rata untuk periksa
kesempurnaan block anda. Block yang tidak rata boleh menjejaskan kualiti
cetakan.
4.4 Cara regangkan jaring sutera/mesh
pada pemidang skrin/bingkai block
No comments:
Post a Comment