Sponsored

sponsor

loading...

5.PENYEDIAAN MEJA EXPOSE

5.PENYEDIAAN MEJA EXPOSE



Meja expose adalah sebuah kotak besar yang digunakan untuk proses expose atau proses menghasilkan imej pada block. Meja expose mempunyai lampu florescent di bahagian dalam dan cermin lutsinar di bahagian atas.

5.1 Cara penyediaan meja expose


Buat satu kotak empat segi dalam ukuran:
         1.    Tinggi: 2 kaki
         2.    Panjang: 2 kaki 4 inci
         3.    Lebar: 1kaki 6inci
Dibahagian atas diletakkan cermin lutsinar yang sederhana tebal. Di dalam meja expose dipasang dua batang lampu florescent yang bersaiz pendek(2 kaki).

Jarak antara cermin dan lampu amat penting kerana jika jarak lampu terlalu jauh maka proses pengerasan photo emulsion akan menjadi lama. Jika lampu terlalu dekat, photo emulsion akan menjadi terlalu keras dan sukar untuk ditanggalkan. Dicadangkan jarak yang sesuai adalah antara 6 hingga 8inci. Untuk mendapatkan jarak yang efektif adalah menggunakan kaedah try and error. Anda terpaksa melakukannya berulang kali untuk mendapatkan masa expose yang terbaik.

Pasangkan suiz lampu diluar meja supaya senang untuk hidupkan dan matikan suiz. Anda boleh merekabentuk meja expose mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

 home





No comments:

Post a Comment

sponsor

loading...