Sponsored

sponsor

loading...

6.CORAK/IMEJ

6.CORAK/IMEJ


Pemilihan reka corak yang baik akan menghasilkant-shirt cetakan yang cantik dan menarik perhatian. Proses mereka bentuk imej tidak menjadi suatu masalah kerana kebiasaannya pelanggan mempunyai motif yang diinginkan. Kemahiran dan bakat melukis tidak diperlukan sangat kerana anda boleh menggunakan perisian yang tersedia ada seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Paint, Micromedia Firework dan lain-lain lagi.

6.1 Proses penyediaan imej

Untuk menghasilkan imej yang mempunyai dari satu warna,maka anda perlu menyediakan salinan mengikut jumlah warna yang diinginkan. Sebagai contoh dibawah, imej tersebut mempunyai 3 warna (biru, hitam dan kuning).


             1.    Imej 1 mewakili Biru
             2.    Imej 2 mewakili Hitam
             3.    Imej 3 mewakili Kuning

Setelah melakukan proses pengasingan imej, kesemua imej tersebut mestilah diwarnakan dengan warna hitam kerana ini akan membantu proses pembentukan imej pada block. Harus diingatkan, hasil imej tersebut hendaklah dipastikan benar-benar hitam.
Imej tersebut mempunyai 3 warna dan ini bermakna 3 block perlu digunakan. Untuk mempercepatkan proses cetakan, anda boleh sediakan 3 block serentak.

6.2 Jenis Corak/Imej

 home





No comments:

Post a Comment

sponsor

loading...