7.PHOTO EMULSION
Photo emulsion
adalah sejenis bahan kimia berbentuk cecair pekat dan sangat sensitive kepada
cahaya. Cara penyimpanannya perlu diambil berat. Ia perlu disimpan di tempat
gelap selepas digunakan dan juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Terdapat tiga
jenis photo emulsion yang terdapat dipasaran:
1.
Emulsion bancuhan untuk setiap
kali digunakan
2.
Emulsion sekali bancuhan
3.
Emulsion terus guna
Emulsion
bancuhan untuk setiap kali digunakan
Selalunya
emulsion jenis ini adalah buatan tempatan dan tidaklah terlalu mahal. Ia adalah
cecair pekat yang berwarna biru dan perlu dibancuh bersama sentisizer yang
berwarna jinga kekuningan. Malahan juga, emulsion dan sentisizer mempunyai
pelbagai warna yang dijual dikedai.
Sentisizer
adalah bahan kimia yang akan mengeraskan photo emulsion. Biasanya ia dijual
bersama photo emulsion didalam botol kecil. Ia perlu disimpan dalam bilik
gelap.
Untuk sebuah
block sederhana,nisbah bancuhannya adalah 6:1 iaitu 6 bahagian photo emulsion
dan 1 bahagian sentisizer. Anda boleh menggunakan sudu untuk menyukat nisbah
bancuhan tersebut. Ketika membancuh, pastikan menggunakan bekas yang bersih
dari habuk dan pastikan juga ia adalah bekas yang keras dan sebolehnya yang berwarna
hitam. Bekas yang berwarna hitam sekurang-kurangnya dapat melindunginya dari
cahaya.
Kacau campuran
photo emulsion dan sentisizer sehingga ia berubah menjadi warna ungu. Apabila
anda yakin ia sudah bebati, maka ia boleh digunakan.
Perhatian: campuran
tersebut biasanya hanya boleh bertahan selama 4jam sahaja sebelum ia mengeras.
Oleh itu, sebaik sahaja campuran itu dihasilkan,jangan tunggu terlalu lama dan
perlu disapu ke atas block dengan kadar segera.
Emulsion sekali
bancuhan
Emulsion ini
adalah keluaran luar Negara. Ia sangat popular dan amat digemari oleh
pencetak-pencetak professional. Ia berwarna ungu atau coklat muda. Ia sangat
mudah digunakan berbanding emulsion bancuhan setiap kali digunakan. Ia tidak
perlu dibancuh dengan sentisizer untuk setiap kali digunakan dan hanya perlu
bancuh sekali sahaja. Ia dipasarkan bersama sentisizer yang berbentuk serbuk
atau cecair ringan.
Sentisizer
tersebut perlu dicampur dengan air suam. Kemudian campurkan ia dengan emulsion
dan kacau sehingga betul-betul sebati. Tutup dengan kemas dan biarkan ia
didalam peti sejuk selama 24jam (1hari) supaya tindak balas kimia akan dapat
terhasil. Setelah itu, bolehlah anda menggunakannya pada bila-bila masa tanpa
mencampurkan sentisizer lagi.
Emulsion guna
terus
Emulsion jenis
ini adalah keluaran terbaru. Dengan emulsion jenis ini, anda tidak perlu lagi
mencampurkannya dengan sentisizer kerana telah siap sedia dicampur oleh
pengeluarnya. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa.
Emulsion ini
berwarna biru atau pink dan harganya agak mahal berbanding emulsion yang lain.
Anda boleh membelinya dan terus boleh gunakannya. Ia kelihatan lebih mudah
berbanding jenis 1 dan 2. Hasilnya kelihatan lebih berkualiti lagi.
7.1 Cara bancuhan Photo Emulsion
Dibancuh dalam
bekas yang kering dan gelap. Kacau sehingga betul-betul sebati.
Untuk
mendapatkan keberkesaanan yang bagus, emulsion sekurang-kurangnya disimpan
selama 6 jam atau 1 hari sebelum digunakan. Simpan ditempat gelap atau bekas
yang gelap dan disimpan tempat bersuhu bilik.
Lakukan dalam keadaan tidak
bercahaya secara terus. Lakukan didalam bilik yang agak gelap.
Nisbah bancuhan bagi setiap
pengeluar photo emulsion adalah berbeza nisbahnya. Sebelum membeli atau
menggunakannya anda perlu tahu cara bancuhan dan nisbah yang betul.
7.2 Cara menyapu Photo Emulsion pada Block
Masukkan
emulsion ke dalam coater. Pastikan emulsion yang dituang mencukupi untuk
menutup keseluruhan block. Ratakan emulsion agar memenuhi coater.
Letakkan coater
di bahagian bawah. Condongkan sedikit block bagi memudahkan proses menyapu
emulsion. Tarik coater dari bawah ke atas dengan perlahan. Sapukan dibahagian
block. ( Anda
boleh juga menyapu kedua-dua bahagian depan belakang tetapi pastikan ketebalan
adalah nipis)
Pastikan sapuan
tadi tiada lubang-lubang kecil di atas block. Jika ada biarkan dahulu. Anda
boleh periksa dengan cara memerhatikan setiap inci block yang disapu dengan
mata anda.
Keringkan photo
emulsion dengan menggunakan hair dryer. Halakan hair dryer secara turun naik
dengan perlahan-lahan. Anda boleh juga menggunakan kipas kecil untuk
keringkannya dan pastikan block yang disapu tidak terdedah pada cahaya terus.
Langkah 5
Untuk mengetahui
Photo Emulsion sudah kering, block akan kelihatan jernih dan lutsinar, tidak
melekit apabila disentuh jari. Periksa sekali lagi sekiranya terdapat lubang
kecil. Ambil sebatang berus lukis bersaiz kecil celup sedikit dalam botol
emulsion dan sapukan pada lubang kecil itu. Pastikan jangan terlalu tebal dan
keringkan dengan menggunakan langkah 4 tadi.
7.3 Cara expose imej pada block
Langkah 1
Alatan utama adalah sediakan meja expose.
Letak
imej yang telah disapu minyak di atas cermin kaca dan pastikan kedudukannya di
tengah-tengah kerana semasa lampu dipasang maka cahaya lampu akan dipancarkan
ke semua bahagian imej.
Langkah
3
Letak block yang telah disapu emulsion di atas imej tersebut
Langkah 4
Lapik
block tersebut dengan kadboard atau bende yang leper dan rata.
Tindih
kadboard tersebut dengan pemberat sama ada bata, buku tebal atau apa-apa sahaja
yang berat kerana ini ingin memastikan bahawa permukaan imej benar-benar rapat
dengan permukaan cermin. Sekiranya tidak rapat maka imej yang terhasil pada
block tidak berapa sempurna. Hidupkan suiz lampu selama 5-6 minit.
p/s: tempoh masa bagi proses expose
adalah bergantung pada meja expose. Setiap meja expose berlainan tempoh
masanya. Ini berbeza kerana setiap meja expose yang digunakan berbeza dari segi
jarak antara cermin dengan lampu, penggunaan lampu(spotlight/florescent). Maka
anda perlu melakukan Try and Error
untuk meja expose yang anda gunakan
7.4 Cara tanggalkan Photo Emulsion untuk dapatkan Imej
Langkah 1
Ratakan air di
depan dan belakang permukaan block dengan air secara perlahan selama 30saat.
Langkah 2
Semburkan air
dengan kuat di tempat yang berimej yang hendak ditanggalkan.
Langkah 3
Pastikan tiada
sisa yang tertinggal pada imej yang hendak ditanggalkan.
Langkah 4
Selepas selesai
tanggalkan imej. Keringkan block menggunakan hair dryer. Halakan ke permukaan
block secara rata.
langkah 5
selepas kering, untuk mengekalkan imej,
semburkan Hardener di depan dan belakang permukaan block dan lap dengan kain
kering
Langkah 6
Keringkan sekali
lagi dengan cara yang sama dengan Langkah 4.
Langkah 7
Selepas block
tersebut telah kering, untuk mengelakkan kebocoran di bahagian tepi
block,tampalkan bahagian tepi dengan masking tape dan periksa sekiranya ada
kebocoran lain yang mencacatkan block. Sekiranya terdapat kebocoran, tampalkan
dengan emulsion dan keringkan dengan menggunakan hair dryer
Langkah 8
Block yang
ditampal telah siap sedia digunakan. Anda boleh memulakan proses mencetak baju.
No comments:
Post a Comment