9.TEKNIK
MENCETAK KE ATAS T-SHIRT.
9.1 Pengalas
Pengalas adalah
sekeping kadbod atau papan lapis yang disapu dengan Table Glue atau Spraymount.
Ia digunakan untuk memastikan kain tidak berganjak atau berkedut semasa proses
mencetak. Ini penting kerana untuk memastikan cetakan yang berkualiti dan
memastikan tidak kecacatan semasa proses cetakan.
Langkah 1
Letakkan Table
Glue sepanjang papan lapis atau kadbod.
Langkah 2
Ratakan Table
Glue dengan menggunakan Squeegee atau Pembaris.
langkah 3
keringkan dengan
menggunakan hair drayer.
langkah 4
apabila kering, papan lapis atau kadbod akan kelihatan
bersinar dan boleh digunakan untuk menyarung baju bagi proses mencetak.
9.2 Cara Meletakkan Pengalas
di Dalam Baju
Langkah 1
Masukkan pengalas ke dalam baju dan pastikan kedudukan
pengalas berada di bahagian tengah-tengah baju untuk memastikan cetakan pada
baju tidak akan senget.
Langkah 2
setelah yakin kedudukan pengalas berada ditengah.
Lurutkan baju dengan cara menggosok baju tersebut supaya tiada kedut. Pastikan
baju melekat kemas pada pengalas yang telah disapukan gam tadi.
Langkah 3
Periksa sekiranya terdapat kedutan, ini kerana
sekiranya terdapat kedutan, ini akan menjejaskan proses cetakan dan kualiti
cetakan. Sekiranya terdapat kedutan, gosok sekali lagi agar tidak berkedut dan
telah sedia untuk cetakan.
9.3 Cara Mencetak
Sebelum melakukan proses cetakan, anda seharusnya
mengetahui dye yang ingin digunakan. Disini kami menggunakan Dye putih 200
sebagai warna latar bagi baju yang gelap atau baju hitam. Dye Putih 200 adalah
Dye yang cepat kering, bagi mengelakkan masalah ini anda boleh mencampurkan
Binder ke dalam Dye putih 200 untuk mencairkan sedikit Dye tersebut.
Langkah 1
Letakkan Block pada bahagian yang ingin anda cetak.
Kebiasaannya cetakan pada dada adalah berjarak 3inci dari tulang kolar ke imej
block.
Langkah 2
Letakkan Dye 200 untuk dijadikan warna latar pada baju
yang gelap atau hitam. Letakkan Dye melebihi antara kawasan imej.
Langkah 3
Condongkan Squeegee pada kedudukan 45 darjah dan tarik
dengan tidak terlalu perlahan dan tarik dengan sekata. Ulangi langkah ini
sekali lagi untuk menebalkan dye.
Langkah 4
Pastikan Dye melalui semua imej untuk menghasilkan imej
pada baju yang dicetak. Anda boleh menindih buat kali kedua jika warna latar
tadi kelihatan pudar.
Langkah 5
Keringkan imej yang dicetak tadi dengan Hair Drayer.
Sebelum itu cuci Block seperti langkah yang seterusnya.
9.4 Cara Mencuci Ketika Mencetak
Imej pada block
akan tersumbat jika dicetak beberapa kali, jadi anda perlu mencuci seperti
langkah di bawah selepas 10-15 cetakan yang menggunakan Block yang sama untuk
mengelak dari tersumbat. Hanya menggunakan langkah yang pertama berulang kali
jika mencetak berpuluh-puluh atau berates cetakan.
Langkah 1
Cuci dengan Span
yang agak lembab pada bahagian bawah Block.
Langkah 2
Kemudian cuci di
bahagian atas Block dengan span yang basah sehingga bersih. Selepas itu lapkan
dengan kain yang bersih. Ulang langkah 1 dan 2 jika perlu.
Langkah 3
Keringkan Block
dengan Hair Dryer. Biasanya, jika menggunakan warna yang berlainan di dalam
satu block, anda perlu mencuci dahulu Block sebelum mencetak untuk warna lain.
9.5 Cara Mencetak Baju 2 Warna
Kita akan belajar bagaimana cara mencetak 2
warna menggunakan hanya satu block sahaja dan cara meletakkan block untuk
mendapatkan cetakan yang tepat
Tampalkan
bahagian yang tidak mahu dicetak dengaan selotep. Untuk hasil yang lebih senang
dan cetak gunakan 2 block untuk satu warna pada satu block tetapi sekiranya
ingin jimat boleh menggunakan 1 block untuk 2 warna.
Untuk
mendapatkan hasil tindanan cetakan kedua yang tepat dengan imej latar yang
dicetak tadi, letakkan imej tadi secara menyendeng(diagonal)*seperti gambar
kanan anda. Pastikan anda melihat dari atas imej untuk mendapatkan tindanan
cetakan kedua yang 100% tepat. Biasanya jika menggunakan warna yang berlainan
di dalam satu Block, anda perlu mencuci dahulu block sebelum mencetak warna
yang kedua.
Cara Mencetak Baju 2 warna (cara meletakkan Block)
Cara yang salah
Ini adalah cara
yang salah apabila hendak meletakkan Block pada cetakan yang pertama untuk
membuat cetakan kedua. Cara ini tidak akan mendapatkan tindanan yang sempurna,
ia hanya sempurna pada sebahagian imej sahaja dan imej yang lain tidak mendapat
tindanan yang sempurna.
(lihat gambar di
bawah sebagai contoh)
Cara yang betul
Ini adalah cara
yang betul apabila hendak meletakkan Block pada cetakan yang pertama untuk
membuat cetakan kedua. Cara ini akan mendapatkan tindanan yang sempurna.
Letakkan imej Block secara diagonal pada tindanan yang pertama.
(lihat gambar di
bawah)
Cetakan kedua (2 warna) Pada Block
9.6 Cara Menanggalkan Photo Emulsion Pada Block
Semburkan
Clorox pada bahagian depan dan belakang Block dan biarkan selama 8-10 minit.
Selepas
8-10 minit, anda perlu menggunakan kain atau span yang lembab dan gosokkan
bahagian depan dan belakang block.
Semburkan
air dengan kuat pada Block. Gosok sedikit pada tempat emulsion yang tidak
terkeluar jika perlu.
Lap
block dengan kain dan simpan di tempat yang tidak berhabuk. Block boleh diguna
pakai berulang kali.
TAMAT...